Want your
own Fotopage?











 
IB Resources FotoPage

By: dR ali IB Resources

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 5-Oct-2008 00:28 Email | Share | Bookmark
Program Perkhemahan Foto Alam (Nature Photocamp)



Alhamdulillah, saya dan beberapa orang rakan jurufoto alam akan mengadakan program Perkhemahan Foto Alam (Natures Photocamp). Setelah kami mengadakan banyak siri perkhemahan foto di hutan-hutan, gua, sungai, jeram, air terjun, tasik, pulau, bukit, dataran tinggi dan gunung sehingga ke gunung berapi di Indonesia sesama kami.

Maka kali ini kami ingin membuka peluang untuk berkongsi ilmu dan pengalaman kami kepada sesiapa sahaja yang mempunyai MINAT MENDALAM berkenaan fotografi alam (nature photography) melalui program perkhemahan foto selama 2 hari 2 malam di ULU DONG, Raub, Pahang pada 8 – 9 Nov 2008.

Perkongsian ilmu dan pengalaman melalui konsep perkhemahan foto (photocamp) ini telah lama diamalkan oleh "National Geographic Society" (LINK I | LINK II) dan juga oleh banyak komuniti fotografi di dunia.

Sukacita dimaklumkan bahawa perkongsian pengalaman dan ilmu ini adalah PERCUMA (FREE). Kepada yg berminat boleh hubungi saya di 013 - 934 2121 atau email 2121studio@gmail.com .


Kenapa PERCUMA...??!!

Ianya percuma kerana perkhemahan foto ini dikendalikan oleh jurufoto-jurufoto yang ingin mengembangkan minat senifoto alam untuk melihat dan mengkagumi kebesaran Allah swt semata-mata kerana Allah swt.

Peserta cuma perlu bayar makan dan penginapan kepada pemilik chalet (Pak Akob)....

- makan RM25 sehari - 5 kali makan (masakan tradisi Raub)...

- penginapan RM 35 sehari - 2 orang sebilik...

Saya dan rakan-rakan pengendali perkhemahan foto pun kena bayar utk makan dan penginapan..

Kalau mahukan penginapan PERCUMA, peserta boleh bawa khemah sendiri. Tapak perkhemahan di Ulu Dong ni memang best... dikelilingi jeram yg jernih dan dingin..


SIAPAKAH YANG PERLU HADIR...??

Sesiapa sahaja yang :-

memiliki kamera samada SLR, DSLR ataupun sekurang-kurangnya kamera "compact" (PnS).

mempunyai MINAT MENDALAM kepada fotografi alam (nature photography) dan ingin mendalami ilmu senifoto alam.
* (minat mendalam dalam erti kata sanggup masuk keluar hutan atau sanggup mendaki gunung untuk mendapatkan foto)


SKOP PERKHEMAHAN FOTO ALAM

Program yang disusun padat dgn sessi kuliah (teori), praktikal (shooting & basic editing) dan diskusi foto yang tertumpu kepada senifoto keindahan alam iaitu foto pemandangan (landscape/panorama) dan flora & fauna (macro/hidupan liar)



Berikut adalah lakaran untuk ke lokasi Nature Photocamp 2008...



Alhamdulillah, kesemua tempat telah penuh, dengan ini pendaftaran diTUTUP. Kepada yang berminat, kenalah tunggu Nature Photocamp yg akan datang, insyallah.

Anda juga boleh mendapat info dan update program ini dari blog saya, blog Shamabd dan blog Dr Jamal....


byk nye aktiviti dier
lame doh kite tok TT ek...
afik pun rajin mari le ni
Thu 9-Oct-2008 00:21
Posted by:Pelukisgila l gezzeqphotographer  - [Link]
best..best... Fri 10-Oct-2008 08:47
Posted by:mr shah shah_2804@yahoo.com  - [Link]
Dr....bila2 kedepan ni mai buat photo camp kat utara plak...kedah ke perak ke...teringin sgt2 nak join ni.... Tue 21-Oct-2008 09:25
Posted by:RizanSaad  - [Link]
InsyaAllah...saya pegi.
Tunggu disana...disana...disana...
Thu 23-Oct-2008 04:11
Posted by:razakramli razakramli@gmaial.com
akum..ape kabor doc...lame x jenguk fp dok...gone gaye skang??sehat...waaa..dasyat aok skang...koi nk mgikut gek kem tu..tp da penuh yak...lenkali insyallah kawan folo...sng2..moh la ke fp usang koi Thu 30-Oct-2008 12:33
Posted by:apix  - [Link]
dah penuh ker??xleh join dh ke Thu 6-Nov-2008 07:37
Posted by:CikJira  - [Link]
bile nk update ne dr... Sun 16-Nov-2008 06:41
Posted by:ieda clustergolgi@yahoo.com  - [Link]
adui..melepas..dah lama tak jenguk..bukan senang nak dapat ilmu nih..
kena plak pengguna pns juga dualu-alukan...
Sun 16-Nov-2008 15:21
Posted by:mshafie shafie_81@yahoo.com  - [Link]
;-)salam..seronok nya..aktiviti ni sy x bpeluang nak ikut..insyallah akan dtg sy ikut.. Thu 4-Dec-2008 03:30
Posted by:hj.khairul akmal hajikaj@yahoo.com  - [Link]
Berminat utk mendapat kan CD Audio Deep Purple 1967-2003 pd
harga yg berpatutan? klik sini = http://afumiein.fotopages.com
Fri 12-Dec-2008 16:20
Posted by:afu  - [Link]
slmt tahun baru.................2009 Tue 30-Dec-2008 09:13
Posted by:azizancm azizancm@gmail.com  - [Link]
selamat tahun baru! Thu 1-Jan-2009 20:19
Posted by:dboyfotopages  - [Link]
Krisis Global - Apa persediaan anda? VSS, Menganggur? Tambah pendapatan dengan perniagaan internet VeMMA. Hanya dari rumah, anda bereluang membina tapak kejayaan bersama syarikat yang berpengalaman lebih dari 14 tahun. Layari website http://www.2wardsfinancialfreedom.com dan daftar secara PERCUMA. Sat 3-Jan-2009 18:17
Posted by:Aiza aiza.vb@gmail.com  - [Link]
salam... dr ali punya memang best n power bila plak ader program... ingat nak joint jugak Sun 4-Jan-2009 15:42
Posted by:issa raynie cmorefoto@yahoo.com  - [Link]
Salam dr.Ali ape kabor...kalau la buleh join alangkah indahnya hidup ini Thu 22-Oct-2009 06:09
Posted by:akudankamera


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.