Want your
own Fotopage?











 
IB Resources FotoPage

By: dR ali IB Resources

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 12-Jan-2009 11:58 Email | Share | | Bookmark
BOIKOT FOTOPAGES

Ini last entry kawan kat fotopages nih...



Kekejaman rejim Zionist Israel adalah di luar batas kemanusiaan.
Oleh itu kawan menyahut seruan utk boikot produk Israel antaranya ialah fotopages.com...

Rakan-rakan, kawan-kawan, atau ghodong-ghodong boleh melawat website kawan di

2121studio.com

atau

http://2121studio.blogspot.com/

Dah lama tak singgah kesini, tiba2 dah last entry.. Mon 9-Feb-2009 22:48
Posted by:badangperkasa  - [Link]
macam tu pulak ke? Thu 28-May-2009 11:38
Posted by:KuNora cikgu.nora@gmail.com  - [Link]
Hi...I ada wat promosi ni.. Mon 22-Jun-2009 11:05
Posted by:fida betty_0312@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Sunday, 5-Oct-2008 00:28 Email | Share | | Bookmark
Program Perkhemahan Foto Alam (Nature Photocamp)



Alhamdulillah, saya dan beberapa orang rakan jurufoto alam akan mengadakan program Perkhemahan Foto Alam (Natures Photocamp). Setelah kami mengadakan banyak siri perkhemahan foto di hutan-hutan, gua, sungai, jeram, air terjun, tasik, pulau, bukit, dataran tinggi dan gunung sehingga ke gunung berapi di Indonesia sesama kami.

Maka kali ini kami ingin membuka peluang untuk berkongsi ilmu dan pengalaman kami kepada sesiapa sahaja yang mempunyai MINAT MENDALAM berkenaan fotografi alam (nature photography) melalui program perkhemahan foto selama 2 hari 2 malam di ULU DONG, Raub, Pahang pada 8 – 9 Nov 2008.

Perkongsian ilmu dan pengalaman melalui konsep perkhemahan foto (photocamp) ini telah lama diamalkan oleh "National Geographic Society" (LINK I | LINK II) dan juga oleh banyak komuniti fotografi di dunia.

Sukacita dimaklumkan bahawa perkongsian pengalaman dan ilmu ini adalah PERCUMA (FREE). Kepada yg berminat boleh hubungi saya di 013 - 934 2121 atau email 2121studio@gmail.com .


Kenapa PERCUMA...??!!

Ianya percuma kerana perkhemahan foto ini dikendalikan oleh jurufoto-jurufoto yang ingin mengembangkan minat senifoto alam untuk melihat dan mengkagumi kebesaran Allah swt semata-mata kerana Allah swt.

Peserta cuma perlu bayar makan dan penginapan kepada pemilik chalet (Pak Akob)....

- makan RM25 sehari - 5 kali makan (masakan tradisi Raub)...

- penginapan RM 35 sehari - 2 orang sebilik...

Saya dan rakan-rakan pengendali perkhemahan foto pun kena bayar utk makan dan penginapan..

Kalau mahukan penginapan PERCUMA, peserta boleh bawa khemah sendiri. Tapak perkhemahan di Ulu Dong ni memang best... dikelilingi jeram yg jernih dan dingin..


SIAPAKAH YANG PERLU HADIR...??

Sesiapa sahaja yang :-

memiliki kamera samada SLR, DSLR ataupun sekurang-kurangnya kamera "compact" (PnS).

mempunyai MINAT MENDALAM kepada fotografi alam (nature photography) dan ingin mendalami ilmu senifoto alam.
* (minat mendalam dalam erti kata sanggup masuk keluar hutan atau sanggup mendaki gunung untuk mendapatkan foto)


SKOP PERKHEMAHAN FOTO ALAM

Program yang disusun padat dgn sessi kuliah (teori), praktikal (shooting & basic editing) dan diskusi foto yang tertumpu kepada senifoto keindahan alam iaitu foto pemandangan (landscape/panorama) dan flora & fauna (macro/hidupan liar)



Berikut adalah lakaran untuk ke lokasi Nature Photocamp 2008...



Alhamdulillah, kesemua tempat telah penuh, dengan ini pendaftaran diTUTUP. Kepada yang berminat, kenalah tunggu Nature Photocamp yg akan datang, insyallah.

Anda juga boleh mendapat info dan update program ini dari blog saya, blog Shamabd dan blog Dr Jamal....


selamat tahun baru! Thu 1-Jan-2009 20:19
Posted by:dboyfotopages  - [Link]
Krisis Global - Apa persediaan anda? VSS, Menganggur? Tambah pendapatan dengan perniagaan internet VeMMA. Hanya dari rumah, anda bereluang membina tapak kejayaan bersama syarikat yang berpengalaman lebih dari 14 tahun. Layari website http://www.2wardsfinancialfreedom.com dan daftar secara PERCUMA. Sat 3-Jan-2009 18:17
Posted by:Aiza aiza.vb@gmail.com  - [Link]
salam... dr ali punya memang best n power bila plak ader program... ingat nak joint jugak Sun 4-Jan-2009 15:42
Posted by:issa raynie cmorefoto@yahoo.com  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Monday, 29-Sep-2008 01:23 Email | Share | | Bookmark
Salam Aidil Fitri.....


Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Dzahir Bathin kpd semua ghodong-ghodong dan kenalan....

selamt hari raya...
memang lawa gak gambar gambar ni...menarik sungguh....
Sun 5-Oct-2008 14:07
Posted by:nizama  - [Link]
Add comment


Sunday, 28-Sep-2008 12:36 Email | Share | | Bookmark
Kembara Foto "Wajah Jati Malaysia" di Semporna, Sabah

Alhamdulillah.. seminggu lepas balik dari Indon kawan dijemput utk pergi ke Semporna, Sabah....
Sama seperti program di Kuala Terengganu juga... sebahagian dari tour "Rantau Budaya Merdeka : Pertandingan Senifoto Kanak-kanak "Wajah Jati Malaysia" atau "Malaysian True Portraits" yg melibatkan kanak-kanak sekolah dari umur 10 tahun hingga 16 tahun...

Semporna dipilih utk mewakili wajah-wajah Malaysia di Borneo...

Klik gambar nih utk tengok lebih banyak gambar-gambar hok kawan shoot di sana...



Care to comment?


Thursday, 18-Sep-2008 07:13 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan cari foto di PERLIS...

Alhamdulillah, pd 24 - 25 Aug kawan berkesempatan jalan-jalan di Perlis...
banyok jugok tempat menarik di Perlis nih..

Berikut adalah sebahagian gambor hok kawan shoot di sana....





lebih banyok gambor ada di SINI...


tumpang iklan ye.. TQ.


*************** Jualan T-SHIRT MUSLIMAH sempena Aidilfitri ****************

Sila lah jenguk http://synchrosynergy.freehostia.com untuk maklumat lanjut!
Promosi terhad.

*********************************************************************
Mon 22-Sep-2008 15:52
Posted by:ummi zufayri  - [Link]
tetap hebat...

Wed 24-Sep-2008 15:39
Posted by:mr shah shah_2804@yahoo.com  - [Link]
memang lawa....IR tu memang cantik...
cun laa gambar gambar ni
Sun 5-Oct-2008 14:09
Posted by:nizama  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Friday, 29-Aug-2008 04:26 Email | Share | | Bookmark
Kembara Foto di Solo - Jogja - Surabaya (JATENG - JATIM)

Alhamdulillah kami telah pergi ke Jawa Tengah (JATENG) dan Jawa Timur (JATIM) untuk mendaki Gunung Lawu....

Kami juga sempat melawat beberapa tempat menarik di sana... antaranya...
Solo, Borobudur, Jogjakarta, Gunung Merapi & Merbabu, Deing Plateau, Gunung Lawu, Gunung Bromo dan Surabaya....

Berikut adalah sebahagian gambor hok kawan shot.... Klik gambor utk gambor besor....








Lebih banyok gambor ada di SINI...

cantik!!!.. SANGAT2 CANTIK!!!.. nak mintak izin amik buat wallpaper.. please Mon 8-Sep-2008 10:40
Posted by:kak annie dewi_cempakasari@yahoo.com  - [Link]
Awesome photos!!!
I am officially impressed.
Wed 10-Sep-2008 06:15
Posted by:norshidan  - [Link]
1st time dapat masuk/tau fotopages dR ali ni.

subhanallah ! memang cantik! kena banyak belajar dari dR ali ni saya cuba, tapi hasilnya belum memuaskan lagi..cuba lagi!
Thu 4-Dec-2008 04:00
Posted by:baincardin  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Friday, 25-Jul-2008 08:11 Email | Share | | Bookmark
Kembara Foto "Wajah Jati Malaysia" di Kuala Terengganu

Alhamdulillah pada 17 - 19 Jul baru nih kawan pergi ke Kuala Terengganu atas jemputan dari Balai Seni Lukis Negara (BSLN)....

Bersempena dgn bulan kemerdekaan, BSLN dgn tajaan dari Exxon Mobil, Nikon dan Epson, menganjurkan program "Rantau Budaya Merdeka : Pertandingan Senifoto Kanak-kanak "Wajah Jati Malaysia" atau "Malaysian True Portraits" yg melibatkan kanak-kanak sekolah dari umur 10 tahun hingga 16 tahun...

Terengganu dipilih bagi mewakili wajah-wajah pantai Timur..



ada beratus gambor hok kawan doh up kat SINI....

waa..lps ni nak shot jugak wajah2 malaysia..ehe.
selamat menyambut kemerdekaan n ramdhan dr.
Fri 29-Aug-2008 17:48
Posted by:cak cicadalogy  - [Link]
salam dr. ali. pekabo deme? lama x berkhabaran. woh, xsangka dr. ali terlibat same. tahniah. nih, timi nak tanya, pertandingan ni lagu mana sebenarnya? kanak-kanak amik gambar, atau gambar kanak-kanak yang diamik? konfius sebentar di situ. tp apa2 pon, nnt petang, timi akan ke balai seni utk acara pengumuman pemenangnya. kalu tgk gmbr2 kat atas tu, nampaknya memang hebatlah. amat menarik. ntah2 dr. ali pun ada di sana nnt, kn? insya-Allah. Thu 9-Oct-2008 04:02
Posted by:timmy timmyzay@gmail.com
Assalamualaikum... saya dah cover pasal event ni kt balai seni budaya aritu. dah interview sorang budak yg menang untuk skop mag... kecik je budaknya, tapi bakat besar! hehehe... tahniah diucapkan kepada penggerak, penaja dan pihak terlibat (mentor, guru, dll) yg bertungkus lumus menjayakannya. Sekurang2nya budak2 ni dah ada cita2/minat yg diterapkan dlm diri. taklah bila ditanya tentang cita2, x tau nk jawap apa... xde la dok melahu lepas sekolah. klu melahu pun ada tujuan la kan... Maklumlah... dah dapat hadiah kamera canggih... jeles tu... hahaha... syabas~! Mon 13-Oct-2008 08:04
Posted by:sufi noryani waizuri007@yahoo.com
View all 24 comments Add comment


Thursday, 10-Jul-2008 11:23 Email | Share | | Bookmark
Endau Rompin Revisited

 
 
 
Alhamdulillah setelah hampir setahun tidak menjejakkan kaki di Taman Negeri Endau-Rompin...
pada 28, 29 & 30 Jun baru nih kami berXPDC semula ke sana..
memang beh menghirup udara bersih dan menikmati keindahan alam sambil shot-shot...


Klik gambor nih utk nengok full set gambor-gambor terbaru Endau Rompin...


Gambor-gambor terpilih :


Cantek menarik tertarik cheq melihat nya! Thu 24-Jul-2008 09:25
Posted by:Cikgu Nora cikgu.nora@gmail.com  - [Link]
akum...ape kabor dokter???waaa...semakin hebat aok yek???lame benor koi x singgooh kt fp aok nih Sat 26-Jul-2008 10:56
Posted by:apiq  - [Link]
suke gmbr2 kt sini.........cun habessssssssssssss. Thu 21-Aug-2008 14:25
Posted by:anep  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Wednesday, 25-Jun-2008 14:43 Email | Share | | Bookmark
Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan, Pahang

Lagi gambor infrared...





Lebih banyak gambar IR ada di SINI...

kalu convert to IR berapa kos..doc Thu 25-Sep-2008 12:09
Posted by:zakulaan@gmail
1 juta rupiah ajer... Fri 26-Sep-2008 02:37
Posted by:dR ali 2121studio@gmail.com  - [Link]
Menarik dan mempesonakan Fri 27-Feb-2009 07:20
Posted by:Osman Jaafar osman@mpk.gov.my  - [Link]
View all 16 comments Add comment


Monday, 16-Jun-2008 03:39 Email | Share | | Bookmark
Mahkota Square, Kuantan (Versi Infrared)

Ini adalah salah satu landmark baru di bandar Kuantan...
Mahkota Square... terletak di Jalan Mahkota berhadapan dengan Masjid Negeri..

kawan shot menggunakan D70 yg telah diubai suai menjadi kamera infrared...
ini hasilnya..



Lebih banyak gambar infrared ada di SINI...

tumpang letak iklan ye... TQ..

T-shirt Muslimah:
-->>100% combed cotton (good quality material), nice and neatly embroidered, simple but comfortable, suitable for busy moms, students, can be worn during recreation, and "menutup aurat".

Tengok kat sini:
http://synchrosynergy.freehostia.com/tshirt.html
Mon 23-Jun-2008 08:01
Posted by:ummi zufayri  - [Link]
cun secun cunnya
Kepala penuh beruban tapi cantik
Wed 25-Jun-2008 08:45
Posted by:Pemancingikan  - [Link]
a ah r.....
nmpak cm kt oversea jea..
n mahkota square ke square mahkota....whtever pn nice......
Wed 11-Mar-2009 01:51
Posted by:ibtisam zahratulibtisam@yahoo.com
View all 9 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.