Want your
own Fotopage?







 
IB Resources FotoPage

By: dR ali IB Resources

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 5-Oct-2008 00:28 Email | Share | | Bookmark
Program Perkhemahan Foto Alam (Nature Photocamp)



Alhamdulillah, saya dan beberapa orang rakan jurufoto alam akan mengadakan program Perkhemahan Foto Alam (Natures Photocamp). Setelah kami mengadakan banyak siri perkhemahan foto di hutan-hutan, gua, sungai, jeram, air terjun, tasik, pulau, bukit, dataran tinggi dan gunung sehingga ke gunung berapi di Indonesia sesama kami.

Maka kali ini kami ingin membuka peluang untuk berkongsi ilmu dan pengalaman kami kepada sesiapa sahaja yang mempunyai MINAT MENDALAM berkenaan fotografi alam (nature photography) melalui program perkhemahan foto selama 2 hari 2 malam di ULU DONG, Raub, Pahang pada 8 – 9 Nov 2008.

Perkongsian ilmu dan pengalaman melalui konsep perkhemahan foto (photocamp) ini telah lama diamalkan oleh "National Geographic Society" (LINK I | LINK II) dan juga oleh banyak komuniti fotografi di dunia.

Sukacita dimaklumkan bahawa perkongsian pengalaman dan ilmu ini adalah PERCUMA (FREE). Kepada yg berminat boleh hubungi saya di 013 - 934 2121 atau email 2121studio@gmail.com .


Kenapa PERCUMA...??!!

Ianya percuma kerana perkhemahan foto ini dikendalikan oleh jurufoto-jurufoto yang ingin mengembangkan minat senifoto alam untuk melihat dan mengkagumi kebesaran Allah swt semata-mata kerana Allah swt.

Peserta cuma perlu bayar makan dan penginapan kepada pemilik chalet (Pak Akob)....

- makan RM25 sehari - 5 kali makan (masakan tradisi Raub)...

- penginapan RM 35 sehari - 2 orang sebilik...

Saya dan rakan-rakan pengendali perkhemahan foto pun kena bayar utk makan dan penginapan..

Kalau mahukan penginapan PERCUMA, peserta boleh bawa khemah sendiri. Tapak perkhemahan di Ulu Dong ni memang best... dikelilingi jeram yg jernih dan dingin..


SIAPAKAH YANG PERLU HADIR...??

Sesiapa sahaja yang :-

memiliki kamera samada SLR, DSLR ataupun sekurang-kurangnya kamera "compact" (PnS).

mempunyai MINAT MENDALAM kepada fotografi alam (nature photography) dan ingin mendalami ilmu senifoto alam.
* (minat mendalam dalam erti kata sanggup masuk keluar hutan atau sanggup mendaki gunung untuk mendapatkan foto)


SKOP PERKHEMAHAN FOTO ALAM

Program yang disusun padat dgn sessi kuliah (teori), praktikal (shooting & basic editing) dan diskusi foto yang tertumpu kepada senifoto keindahan alam iaitu foto pemandangan (landscape/panorama) dan flora & fauna (macro/hidupan liar)



Berikut adalah lakaran untuk ke lokasi Nature Photocamp 2008...



Alhamdulillah, kesemua tempat telah penuh, dengan ini pendaftaran diTUTUP. Kepada yang berminat, kenalah tunggu Nature Photocamp yg akan datang, insyallah.

Anda juga boleh mendapat info dan update program ini dari blog saya, blog Shamabd dan blog Dr Jamal....



Monday, 29-Sep-2008 01:23 Email | Share | | Bookmark
Salam Aidil Fitri.....


Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Dzahir Bathin kpd semua ghodong-ghodong dan kenalan....


Sunday, 28-Sep-2008 12:36 Email | Share | | Bookmark
Kembara Foto "Wajah Jati Malaysia" di Semporna, Sabah

Alhamdulillah.. seminggu lepas balik dari Indon kawan dijemput utk pergi ke Semporna, Sabah....
Sama seperti program di Kuala Terengganu juga... sebahagian dari tour "Rantau Budaya Merdeka : Pertandingan Senifoto Kanak-kanak "Wajah Jati Malaysia" atau "Malaysian True Portraits" yg melibatkan kanak-kanak sekolah dari umur 10 tahun hingga 16 tahun...

Semporna dipilih utk mewakili wajah-wajah Malaysia di Borneo...

Klik gambar nih utk tengok lebih banyak gambar-gambar hok kawan shoot di sana...




Thursday, 18-Sep-2008 07:13 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan cari foto di PERLIS...

Alhamdulillah, pd 24 - 25 Aug kawan berkesempatan jalan-jalan di Perlis...
banyok jugok tempat menarik di Perlis nih..

Berikut adalah sebahagian gambor hok kawan shoot di sana....





lebih banyok gambor ada di SINI...



Friday, 29-Aug-2008 04:26 Email | Share | | Bookmark
Kembara Foto di Solo - Jogja - Surabaya (JATENG - JATIM)

Alhamdulillah kami telah pergi ke Jawa Tengah (JATENG) dan Jawa Timur (JATIM) untuk mendaki Gunung Lawu....

Kami juga sempat melawat beberapa tempat menarik di sana... antaranya...
Solo, Borobudur, Jogjakarta, Gunung Merapi & Merbabu, Deing Plateau, Gunung Lawu, Gunung Bromo dan Surabaya....

Berikut adalah sebahagian gambor hok kawan shot.... Klik gambor utk gambor besor....








Lebih banyok gambor ada di SINI...


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net